Klik sini untuk membeli Buku dan VCD Keadilan terbaru !
Faisal Mustaffa's Facebook profile


Bangkitlah Kaum Buruh & Petani
Menentang Ekstremis & Hipokrits!


~ faisal mustaffa online ~


 

Monday, February 23, 2004

ABDULLAH DENGAN KORUPSI CABARAN SELEPAS 100 HARI

S. Husin Ali

Pak LahSempena 100 hari Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri, media perdana yang dimiliki atau dipengaruhi UMNO-BN telah menghidangkan pembaca dengan jamuan berita mewah mengenai kejayaan dan janji-janji Abdullah. Janji beliau yang terutama ialah untuk memerangi korupsi.

Dalam seminggu selepas tamat seratus hari itu, Badan Pencegah Rasuah (BPR) telah bertindak menangkap Eric Chia, bekas Pengarah Pengurus Perwaja, dan Kasitah Gadam, Menteri Tanah dan Kemajuan Koperasi, dan menghadapkan mereka ke mahkamah atas tuduhan melakukan korupsi.

Kenduri berita mewah berterusan. Walaupun media tersebut tidak mengheboh-hebohkan, namun mereka jelas membayangkan bahawa dua tindakan ini membuktikan Abdullah sudah mengotakan kata hendak memerangi korupsi.
Malangnya, Abdullah seolah mash main-main perang saja, belum betul-betul serius.

Penangkapan Eric Chia memeranjatkan sebab beliau sudah sembilan tahun dilindungi oleh Mahathir Mohamad. Tetapi tuduhan ke atasnya, yang bertumpu hanya kepada pembayaran RM76.4 kepada syarikat hantu, menjadi anti-klimaks.
Apa sudah jadi kepada kerugian kira-kira RM3 bilion, hutang bank hampir RM7bilion, kontrak tanpa tender, bayaran RM13 juta kepada peguam Mahalingam yang telah membawa Hakim Negara Yusof Chin bercuti keluar negara?

Mengenai Kasitah Gadam pula, ini bukan kali pertama menteri didakwa kerana korupsi. Menteri Pelajaran dalam kabinet Tunku Abdul Rahman, Rahman Talib, dan MB Selangor Harun Idris di bawah pentadbiran Hussein Onn telah dihukum mahkamah. Siasatan ke atas Kasitah selesai dibuat oleh BPR kira-kira lapan tahun dahulu. Tetapi, walaupun kesnya diketahui, Mahathir melantiknya semula sebagai menteri.

Memang sudah menjadi pengetahuan umum bahawa siasatan telah dilakukan ke atas Rafidah Aziz dan Megat Junid kerana pemberian saham kepada anggota keluarga mereka, dan juga ke atas Rahim Tamby Chik kerana beberapa amalan rasuah. Kertas pertuduhan telahpun disiapkan oleh kamar Peguam Negara, dan ditandatangani oleh Ghani Patail, yang waktu itu menjadi pegawai di kamar tersebut.

Tetapi Mahathir membersihkan nama Rafidah dalam Parlimen; sebelum itu Rafidah mengugut akan membongkar nama menteri lain sekiranya tindakan diambil ke atasnya. Adakah sekarang ini BPR diberi kebebasan untuk mengambil tindakan ke atas Rafidah, Rahim dan Megat Junid? Setakat ini, hanya Ezam Mohd Nor, ketua Angkatan Muda keADILan yang telah dipenjarakan kerana melaporkan semula kes Rafidah dan Rahim.

Bagaimana pula dengan laporan-laporan polis terhadap Samy Vellu berhubung Maika, Lim Liong Sik mengenai kekayaan anak mudanya, Najib dengan pembelian senjata dan ramai lagi? Apa sebabnya kes Airod senyap begitu saja? Adakah
kerana Hamid Albar, Jamaludin Jarjis dan juga Abdullah adalah terlibat?

Bahkan adakah BPR akan bebas menyiasat laporan-laporan terhadap anak dan adik Abdullah? Anaknya menguasai SCOMI, dan saham syarikat ini naik 1000 peratus di pasar saham selepas beliau mengambil alih. Begitu juga beliau
diberikan tender menyediakan makanan untuk syarikat penerbangan MAS dengan janji untung 80 peratus terjamin selama sembilan tahun. Adakah ini boleh berlaku kalau beliau bukan anak Abdullah? Adik Abdullah pula telah diberi
kontrak membekal makanan kepada angkatan tentera, semasa Abdullah menjadi Menteri Pertahanan.

Rancangan penswastaan pemerintah telah menimbulkan berbagai-bagai amalan korupsi dan kronisme yang mengaitkan keluarga dan suku-sakat pemimpin politik pemerintah. Perkhidmatan elektrik, pos, air yang penting dan menjamin keuntungan besar diswastakan. Sebelum pilihanraya 1999 ada rancangan untuk menswastakan hospital dan bermacam-macam perkhidmatan berhubung dengannya yang belum diswasta lagi.

Oleh kerana rakyat dan parti-parti pembangkang serta NGO menentang kuat terhadap rancangan ini, pemerintah berjanji tidak akan meneruskannya. Kini diketahui bahawa kira-kira tiga bulan lalu, selepas Abdullah mengambil pucuk
pimpinan negara, keputusan telah dibuat untuk mengkorporatkan hospital sera perkhidmatan kesihatan. Ini pasti akan berakhir dengan penswastaan. Adakah ini bertujuan untuk memberikan kontrak kepada kroni-kroni yang baru pula?

Kita diberitahu korupsi bukan terbatas kepada wang dan kontrak saja. Anwar dipenjara enam tahun atas tuduhan cuba mempengaruhi polis, yang dianggap sebagai korupsi. Kalau ini korupsi, bagaimana dengan perbuatan Mahathir
mempengaruhi, bahkan menguasai polis dan kehakiman? Beberapa orang hakim, termasuk Fairuz, Augustine Paul dan Pajam Singh, yang membantu memastikan supaya Anwar dihukum, telah naik pangkat. Kemudian mereka terus dipilih
untuk mendengar kes rayuan Anwar. Apa lagi?

Sebenarnya, ada jenis korupsi yang lebih serius, tetapi sengaja tidak dihiraukan sangat oleh pemimpin-pemimpin UMNO-BN, kerana mereka sendiri melakukannya, iaitu politik wang. Mahathir pernah menyelar amalan politik wang, tetapi lebih membataskannya kepada hanya pembelian undi untuk mendapat jawatan dalam UMNO. Beliau sedar, jikalau politik wang tidak disekat dalam UMNO, jawatan beliau sendiri akan terancam. Walau bagaimanapun politik wang dalam UMNO masih belum hapus.

Sebaliknya, politik wang yang dilakukan sebelum atau semasa pilihanraya umum, yang luas dan terang-terang dilakukan untuk membeli undi , tidak pernah diselar, apatah lagi diambil tindakan. Sebabnya, ia menjamin UMNO-BN terus berkuasa, kerana mereka saja yang mampu membeli undi. Adakah Abdullah akan bertindak dalam hal ini?

Baru-baru ini 12 orang anggota keADILan telah pulang kepada UMNO, parti asal mereka. Sudah diketahui umum sekarang ini bahawa mereka ditarik dengan bayaran wang, walaupun mereka sudah lama tidak puas hati dan merancang untuk pulang kepada UMNO. Mereka ini memang sudah biasa dengan kehidupan mewah dalam UMNO dulu, dan tidak tahan lagi dengan segala tekanan akibat berjuang dengan keADILan.

Sekarang ini sudah terbongkar bahawa Najib, melalui datuk-datuk yang menjadi kroninya, telah membayar pendahuluan RM25 ribu kepada tiap-tiap seorang dengan janji akan menambahnya. Bukankah ini rasuah? Saya setuju dengan
gesaan Timbalan Ketua Angkatan Muda keADILan, Faizal Sanusi, supaya Najib disiasat dan diambil tindakan oleh pihak BPR dan polis.

Sebelum ini, kita mendengar bahawa di Kelantan banyak ibu-bapa murid sekolah diberikan sehingga RM500, kononnya sebagai bantuan. Kalau benar-benar hendak membantu keluarga susah memang tidak ada salahnya. Akan tetapi, penghulu dan pemimpin UMNO tempatan mengugut bahawa jikalau ibu-bapa itu tidak mengundi UMNO, jaga-jagalah. Mereka menggertak ada cara untuk mengetahui siapa mengundi parti mana.

Di Terengganu pula, wang royalti minyak telah dibolot oleh UMNO dan digunakan untuk memberi sebahagian daripada wang itu kepada mereka yang dianggap "miskin". Pada hal selama mereka memerintah Terengganu dulu kadar
kemiskinan semakin bertambah dan hutang negeri kepada pusat semakin naik. Jumlah berjuta-juta diberikan kepada pemimpin UMNO negeri pula dengan tujuan melaksanakan projek-projek yang boleh memberikan peluang kontrak dan rasuah.

Perang menghapuskan korupsi yang diisytiharkan oleh Abdullah memang perlu. Tetapi ia harus dilaksanakan secara menyeluruh dan bukan dengan terbatas cara pilih-pilih. Abdullah mesti perang cara betul-betul dan jangan kelihatan main-main perang saja untuk pilihanraya. Jikalau tidak, dalam jangka setahun dua lagi, rakyat tidak akan mempercayainya lagi.

12hb Februari 2004

 

 

Kenyataan Media
16hb Februari 2004


RAFIDAH TIDAK PERLU GERTAK PEMBANGKANG
KAMI ALU-ALU BELIAU MENGAMBIL TINDAKAN


RafidahMedia hari ini melaporkan bahawa Menteri Datuk Rafidah Aziz memberi amaran beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pemimpin pembangkang yang menuduh beliau terbabit dalam perbuatan korupsi.

Sebagai seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (keADILan) yang disebut oleh beberapa akhbar berhubung hal ini, saya ingin mengulangi bahawa Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan polis perlu segera membuat siasatan dan menghadapkan Rafidah Aziz ke mahkamah setelah bukti terkumpul. Seperti diketahui umum beberapa laporan polis telah dibuat terhadapnya atas tuduhan rasuah.

Saya mengalu-alukan jikalau Rafidah mengambil tindakan ke atas mana-mana ketua pembangkang yang dianggapnya bersalah kerana membuat dakwaan yang tidak betul.

Sehubungan ini saya merasa pelik membaca kenyataan oleh peguam Tan Sri Eric Chia dan Datuk Kasitah Gadam, Datuk Shafie Abdullah, yang meminta supaya jangan diambil tindakan terhadap terlalu ramai menteri, kerana ini boleh memalukan.

Apakah maksud beliau dengan kenyataan yang jauh dari bijaksana ini? Adakah beliau hendak supaya semua kes korupsi yang melibatkan menteri dan tokoh-tokoh politik dan korporat yang besar-besar dibenamkan begitu saja? Dan biarkan korupsi meluas?

Saya ingin mendengar komen Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Badawi tentang perkara ini.

Dr Syed Husin Ali
Timbalan Presiden
Parti keADILan Rakyat

 

 

Friday, February 20, 2004

John Q: Payung Transformasi Attitud

Oleh: Faisal Mustaffa

Filem John Q yang ditayangkan pada tahun 2000 ini telah mendedahkan kelembapan pihak kerajaan Amerika dalam menguruskan sistem insurans nyawa, hak pekerja kolar biru, eksploitasi media, perjalanan penguatkuasaan undang-undang dan pembayaran pakar-pakar perubatan secara melampau.

John Q mengisahkan John Quincy Archibald (Denzel Washington), yang lebih dikenali sebagai John Q dan isterinya Denise lakonan Kimberly Elise yang berhempas pulas cuba menjelaskan kesemua bil rumah sambil mengekalkan kebahagian keluarga mereka. Anak mereka, Mike (Daniel E. Smith) kanak-kanak pintar bercita-cita untuk menjadi seorang ahli bina badan.

Semasa berada dalam salah satu pertandingan besbal, Mike telah jatuh tidak sedarkan diri. Hospital mendapati jantung Mike bersaiz tiga kali ganda daripada normal. Cara untuk menyelamatkannya ialah dengan mengadakan perpindahan jantung (transplant).

Pihak hospital mengkehendaki John Q untuk membayar USD 75 ribu sebagai pendahuluan bagi pembedahan tersebut. Bukan hanya ibu bapa tersebut telah menggadai harta benda mereka tetapi juga telah cuba untuk mendapat simpati pihak kebajikan tetapi gagal hanya kerana mereka berdua bekerja.

John Q telah mengambil tindakan drastik dengan menjadikan doktor, kakitangan hospital dan beberapa pesakit di hospital berkenaan sebagai orang tebusan, hanya untuk menyelamatkan anaknya yang pihak hospital enggan menjalankan pembedahan kerana tidak dapat menyediakan kos perbelanjaan pembedahan tersebut. Pihak hospital telah memulangkan anaknya yang sebelum itu dari unit ICU.

Filem John Q menjadi satu produk impresif dari pengarahan Nick Cassavetes yang berjaya memberi mesej yang kuat bagaimana seseorang itu perlu membuat perkara yang salah untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang. Beliau juga telah berjaya menunjukkan bagaimana seseorang perlu menyalahgunakan perundangan setelah cara lain menemui kebuntuan. Cassavetes menginginkan penonton melihat sendiri bagaimana sesebuah institusi itu tidak selalunya berpihak kepada si nazak. Jadi, salahkan John Q bertindak di luar bidang perundangan?

Orang yang bertanggungjawab dalam menerapkan keinsafan dalam jiwa penonton ialah James Kearns. Penulisan skrip Kearns telah dapat menambat jiwa rakyat Amerika yang telah dikaburkan dengan ekonomi dan pentadbirangolongan kapitalis yang hanya mementingkan material sahaja.

Isu moral menjadi intipati cerita dengan sikap hiprokit pihak berkuasa berkaitan dengan isu pengurusan pentadbiran kebajikan terutama sekali dari aspek perubatan.

Denzel Washington pula telah menunjukkan persembahan yang lebih berkesan berbanding dengan Training Day dan Antwone Fisher.

Persoalan di sini apakah yang perlu anda lakukan sekiranya anak anda sedang nazak di hospital dan mengkehendaki anda menyediakan USD 25 ribu bagi menyelamatkan nyawanya?

Andaikata anda seorang yang tidak berada dan seorang pesakit lagi yang lebih mampu dapat melepasi pintu pembedahan hanya kerana dapat "membeli"nya?

Selain daripada itu, kita perlu bertanya kepada diri sendiri adakah konsep permintaan dan penawaran undang-undang mulia? Masyarakat bagaimanakah yang kita perlukan? Bolehkan kita berbangga dengan demokrasi dalam sistem ekonomi dan politik sekiranya hak untuk hidup tidak serupa di antara si kaya dan si miskin? Persoalan terakhir, perlukah seorang bapa yang hampir berputus asa menyelesaikan masalahnya bersendirian tanpa mendapat bantuan daripada para tebusan lain, dan apakah kemungkinan-kemungkinan yang kita akan menjurus ke arah ‘happy ending’? Bagi Hollywood, ‘happy end’ ialah semulia undang-undang pasaran kapitalis.

Lihatlah begitu dalamnya kasih seorang bapa kepada anaknya. Dari seorang pekerja rutin yang tidak pernah memegang senjata, hanya bermodalkan sebuah pistol kecil, mampu menawan satu bahagian hospital, menggempakkan pihak polis Chicago yang mengugut untuk membunuh orang-orang tidak berdosa.

Dalam satu keratan akhbar (Malay Mail 12 Ogos 2003) telah mempaparkan seorang ibu berbangsa Venezuela sanggup menjual salah satu daripada buah pinggangnya untuk USD150 ribu bagi membiayai perbelanjaan pendidikan anaknya.

Bil perubatan tempatan juga ada perkaitan dengan filem ini. Kesatuan Majikan Malaysia (MEF) telah mengumumkan faktor kenaikan kos perubatan kini menjadi salah satu punca para pekerja mula mendapatkan perkhidmatan Ah Long.

Kenyataan presidennya Jafar Carrim pada 7 Januari 2003 menjelaskan para pekerja terpaksa meminta bantuan dari Ah Long kerana memerlukan wang yang banyak dengan segera untuk menampung kos perubatan keluarga.

Bagaimana pula dengan kos pendidikan sekarang? OECD telah melaporkan bahawa kos pendidikan seorang pelajar pda tahun 2000 di Amerika Syarikat ialah RM77,360 setahun.

Begitu sekali polisi insurans telah menawan cara kehidupan kita masakini. Bantuan kebajikan dari kerajaan ada peruntukan dan penjelasan memakan masa berbulan malah bertahun. Pada masa yang sama, pihak institusi kewangan telah mengenakan faedah yang tidak terkata.


Artikel ini telah disiarkan di Suara PRM 01 Mac 2004

 

 

Neon: Inilah Globalisasi

Oleh Faisal Mustaffa

Dunia tanpa sepadan, produk homegenus, menceritakan kriteria globalisasi. Apakah kesannya? Baik atau buruk?

Neon atau ingin dikenali dengan Kisah Satu Malam dengan secara sedar atau tidak telah berjaya memancarkan cahaya globalisasi. Lihatlah warga Kuala Lumpur kesan globalisasi.

Kemisikinan bandar kerana tertindas. Kesan daripadanya, kita dapati penyeluk saku, vandalisme, rendah moral akibat tahap pendidikan cetek, pelacuran, gangsterisme, street fight, kutu rayau dan tidak ketinggalan dadah. Sungguhpun telah banyak papan iklan kesedaran mengenai "musuh No 1 Negara" itu, tangkapan demi tangkapan sering dijalankan. Bermakna, ianya masih boleh diperolehi!

Semuanya ada dipaparkan dalam vcd ini.

Oleh kerana jurang antara miskin dan kaya di negara kita semakin melebar, filem ini tidak ketinggalan memaparkan golongan si kaya: Korupsi, gangguan seks, lumba haram dari kalangan motor berkuasa tinggi serta mata duitan juga menjadi pilihan pengarah filem ini, Mohamed Feroz Abdul Kader Shahib. Profesion GRO sebenar juga ada ditunjukkan dalam telefilem ini.

Neon berkisar tentang Hafiz lakonan Faizal Yusup pada mulanya dipecat dari syarikat menjual kereta mewah tanpa alasan kukuh dan terus jatuh ditimpa tangga satu persatu. Semuanya diceritakan dalam satu malam! Dan satu malam itu jugalah kebanyakan kehidupan Kuala Lumpur sebenar dipaparkan disebalik pokok-pokok DBKL dan menara Petronas.

Trend orang Kuala Lumpur yang sentiasa panas baran, tidak malu bertutur dalam Broken English, pergaduhan kedua pasnagan (sah mahupun tidak) di khalayak, ego, pentingkan diri sendiri, bateri telefon yang kehabisan, prepaid sudah sampai had, kad kredit digantung dan sebagainya. Inilah cara hidup Kuala Lumpur. Tidak ketinggalan kehidupan transeksual dan homoseksual juga menjadi perhatian penulis skrip ini.

Adakalanya perkara sekecil menukar wang syilling, kehabisan prepaid, bateri kong, kad kredit digantung kita anggap sebagai satu perkara yang tidak penting. Tetapi sebenarnya perkara sekecil itu akan memberikan kesan yang besar dalam hidup seseorang.

Bagaimana pula dengan sikap Melayu yang terlalu pemaaf seperti yang digambarkan oleh watak Hafiz. Hafiz dengan mudah memaafkan Topa yang telah menyeluk sakunya dan menjadi punca masalah yang bertimpa-timpa yang berlaku ke atasnya.

Kenapa Topa mencuri ? Untuk membeli sedikit makanan buat ibunya yang sedang sakit. Topa walaupun kelihatan jahat, sebenarnya seorang yang berhati mulia dan seorang yang sopan dan hormatkan orang tua. Itulah realitinya.


Dunia gay hanya dipaparkan di dalam tandas, satu interpretasi pengarah yang disifatkan amat cetek. Dunia ini amat luas merangkumi dunia intelektual, politik juga keagamaan bukan hanya seks di dalam tandas. Tetapi benarkah tandas awam di Kuala Lumpur bersih seperti yang dipaparkan ?

Juga, apa yang menarik perhatian ramai ialah sikap pihak polis, Neon telah menunjukkan sikap profesionalisme yang tinggi. Tetapi benarkan mereka berpegang dengan moto Mesra, Cepat, Betul itu?

Hafiz kurang percaya dengan janji-janji polis walaupun datang dari yang berpangkat tinggi. Beliau cuba untuk mengambil jalan mudah dengan membuang kad nama pegawai polis yang mulia itu yang memberi gambaran imej orang Kuala Lumpur yang hidupnya hanya tahu berdiri tanpa orang lain. Layanan polis semasa soal siasat jelas bertentangan dengan Neon.

Sudah pasti kita masih ingat adegan filem Spinning Gasing bila mana salah satu watak membaling keluar surat khabar dari kereta dan mengenai patung polis di tepi.

Selain daripada itu juga sekarang kita sering berhadapan dengan masalah kereta pancit, penumpang teksi tak bayar, teksi tidak paparkan meter, kecurian kereta, langgar lari dan penjaga-penjaga kereta yang haram (terdiri daripada penagih-penagih dadah).

Mesej telefilem ini jelas, setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Secara jujur, ia memaparkan realiti kehidupan di Kuala Lumpur. Pengarahnya dengan berani menceritakan segala kejelekan dan realiti rencam hidup di Kuala Lumpur dengan jujur.

Namun, ada beberapa lagi cara kehidupan kini yang tertinggal seperti masalah bohsia, pengkik (perempuan berlagak seperti lelaki atau tomboy), lesbian serta disko yang menjurus kepada masalah pil exstasy.

Tarikan filem ini pada mulanya berjaya mengumpulkan lebih 60 artis tempatan ternama untuk berlakon dalam telefilem ini sehingga berjaya menempah nama dalam Malaysia Book of Records, tetapi hakikat sebenarnya filem ini benar-benar berkualiti.

Sesungguhnya telefilem ini bukan salah satu daripada kebanyakan filem Melayu tetapi filem rakyat Malaysia yang dihanyut arus globalisasi.

Artikel ini dsiarkan di Seruan Keadilan 15 Februari 2004

 

 

Tuesday, February 17, 2004

KEMUNCAK KEMPEN GAB BERJAYA
20 RIBU BERHIMPUN DI CERUK TOK KUN


Kempen Anwar Bebas (GAB) telah berkemuncak dengan jayanya di Ceruk Tok Kun pada malam 15hb Februari 2004. Kira-kira 20,000 orang telah membanjiri kawasan rumah keluarga Anwar Ibrahim hingga ke jalan raya di sana, untuk mendengar ceramah. (NST berbohong hanya 500 orang yang hadir). Sebelah petang kira-kira 600 orang reformis telah berkumpul.

Dalam majlis ceramah hampir tiga jam, bermula dari jam 9.30 malam, beberapa orang pemimpin keADILan telah berucap. Mereka terdiri dari Dr Wan Azizah Ismail (Presiden), Dr Syed Husin Ali (Timbalan Presiden), Azmin Ali (Naib Presiden), Tian Chua (Naib Presiden), Ezam Mohd Nor (Ketua Angkatan Muda) dan Saifudin Nasution (Anggota MPT). Turut serta juga ialah Dr Jeyakumar (Timbalan Presiden PSM), Dr Hatta Ramli (JK PAS), Hishamuddin Rais (bekas pemimpin pelajar) dan seorang wakil dari SOS SRJK Damansara.

Mereka telah menumpu kepada soal kezaliman ke atas Anwar dan tuntutan supaya beliau dibebaskan. Isu-isu lain yang disentuh juga termasuk kemerosotan wibawa kehakiman, penghabisan demokrasi serta pencabulan hak asasi, penumpuan kekayaan di tangan kroni, pengabaian kebajikan rakyat ramai, korupsi Mahathir, Rafidah, Samy Vellu, Ling Liong Sik dll, serta pembelian 12 orang keADILan oleh Naib untuk masuk semula UMNO dan pilihan raya.

Di pertengahan majlis ceramah Dr Wan Azizah telah melancarkan upacara sederhana mengisytiharkan Anwar Ibrahim sebagai tahanan politik. Pada ketika ini, dan berulang kali sepanjang malam, laungan “Bebas Anwar Bebas!”,
“Mahathir Tangkap Mahathir!” dan “Reformasi!” berkumandang di udara Ceruk Tok Kun.

Hampir sepuluh buah kenderaan polis, termasuk yang membawa meriam pemancut air, telah menunggu di luar. Akan tetapi tidak ada apa-apa yang tidak diingini berlaku sehingga semuanya tamat lebih kurang jam 12.30.

 

 

Kenyataan Media
16hb Februari 2004

RAFIDAH TIDAK PERLU GERTAK PEMBANGKANG
KAMI ALU-ALU BELIAU MENGAMBIL TINDAKAN

Media hari ini melaporkan bahawa Menteri Datuk Rafidah Aziz memberi amaran
beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pemimpin pembangkang
yang menuduh beliau terbabit dalam perbuatan korupsi.

Sebagai seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (keADILan) yang disebut oleh
beberapa akhbar berhubung hal ini, saya ingin mengulangi bahawa Badan
Pencegah Rasuah (BPR) dan polis perlu segera membuat siasatan dan
menghadapkan Rafidah Aziz ke mahkamah setelah bukti terkumpul. Seperti
diketahui umum beberapa laporan polis telah dibuat terhadapnya atas tuduhan
rasuah.

Saya mengalu-alukan jikalau Rafidah mengambil tindakan ke atas mana-mana
ketua pembangkang yang dianggapnya bersalah kerana membuat dakwaan yang
tidak betul.

Sehubungan ini saya merasa pelik membaca kenyataan oleh peguam Tan Sri Eric
Chia dan Datuk Kasitah Gadam, Datuk Shafie Abdullah, yang meminta supaya
jangan diambil tindakan terhadap terlalu ramai menteri, kerana ini boleh
memalukan.

Apakah maksud beliau dengan kenyataan yang jauh dari bijaksana ini? Adakah
beliau hendak supaya semua kes korupsi yang melibatkan menteri dan
tokoh-tokoh politik dan korporat yang besar-besar dibenamkan begitu saja?
Dan biarkan korupsi meluas?

Saya ingin mendengar komen Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Badawi
tentang perkara ini.

Dr Syed Husin Ali
Timbalan Presiden
Parti keADILan Rakyat

 

 

Arikel di bawah akan terbit di ruangan Minda dalam Suara PRM terbaru

ABDULLAH DENGAN KORUPSI
CABARAN SELEPAS 100 HARI

S. Husin Ali

Sempena 100 hari Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri, media
perdana yang dimiliki atau dipengaruhi UMNO-BN telah menghidangkan pembaca
dengan jamuan berita mewah mengenai kejayaan dan janji-janji Abdullah. Janji
beliau yang terutama ialah untuk memerangi korupsi.

Dalam seminggu selepas tamat seratus hari itu, Badan Pencegah Rasuah (BPR)
telah bertindak menangkap Eric Chia, bekas Pengarah Pengurus Perwaja, dan
Kasitah Gadam, Menteri Tanah dan Kemajuan Koperasi, dan menghadapkan mereka
ke mahkamah atas tuduhan melakukan korupsi.

Kenduri berita mewah berterusan. Walaupun media tersebut tidak
mengheboh-hebohkan, namun mereka jelas membayangkan bahawa dua tindakan ini
membuktikan Abdullah sudah mengotakan kata hendak memerangi korupsi.
Malangnya, Abdullah seolah mash main-main perang saja, belum betul-betul
serius.

Penangkapan Eric Chia memeranjatkan sebab beliau sudah sembilan tahun
dilindungi oleh Mahathir Mohamad. Tetapi tuduhan ke atasnya, yang bertumpu
hanya kepada pembayaran RM76.4 kepada syarikat hantu, menjadi anti-klimaks.
Apa sudah jadi kepada kerugian kira-kira RM3 bilion, hutang bank hampir
RM7bilion, kontrak tanpa tender, bayaran RM13 juta kepada peguam Mahalingam
yang telah membawa Hakim Negara Yusof Chin bercuti keluar negara?

Mengenai Kasitah Gadam pula, ini bukan kali pertama menteri didakwa kerana
korupsi. Menteri Pelajaran dalam kabinet Tunku Abdul Rahman, Rahman Talib,
dan MB Selangor Harun Idris di bawah pentadbiran Hussein Onn telah dihukum
mahkamah. Siasatan ke atas Kasitah selesai dibuat oleh BPR kira-kira lapan
tahun dahulu. Tetapi, walaupun kesnya diketahui, Mahathir melantiknya semula
sebagai menteri.

Memang sudah menjadi pengetahuan umum bahawa siasatan telah dilakukan ke
atas Rafidah Aziz dan Megat Junid kerana pemberian saham kepada anggota
keluarga mereka, dan juga ke atas Rahim Tamby Chik kerana beberapa amalan
rasuah. Kertas pertuduhan telahpun disiapkan oleh kamar Peguam Negara, dan
ditandatangani oleh Ghani Patail, yang waktu itu menjadi pegawai di kamar
tersebut.

Tetapi Mahathir membersihkan nama Rafidah dalam Parlimen; sebelum itu
Rafidah mengugut akan membongkar nama menteri lain sekiranya tindakan
diambil ke atasnya.
Adakah sekarang ini BPR diberi kebebasan untuk mengambil tindakan ke atas
Rafidah, Rahim dan Megat Junid? Setakat ini, hanya Ezam Mohd Nor, ketua
Angkatan Muda keADILan yang telah dipenjarakan kerana melaporkan semula kes
Rafidah dan Rahim.

Bagaimana pula dengan laporan-laporan polis terhadap Samy Vellu berhubung
Maika, Lim Liong Sik mengenai kekayaan anak mudanya, Najib dengan pembelian
senjata dan ramai lagi? Apa sebabnya kes Airod senyap begitu saja? Adakah
kerana Hamid Albar, Jamaludin Jarjis dan juga Abdullah adalah terlibat?

Bahkan adakah BPR akan bebas menyiasat laporan-laporan terhadap anak dan
adik Abdullah? Anaknya menguasai SCOMI, dan saham syarikat ini naik 1000
peratus di pasar saham selepas beliau mengambil alih. Begitu juga beliau
diberikan tender menyediakan makanan untuk syarikat penerbangan MAS dengan
janji untung 80 peratus terjamin selama sembilan tahun. Adakah ini boleh
berlaku kalau beliau bukan anak Abdullah? Adik Abdullah pula telah diberi
kontrak membekal makanan kepada angkatan tentera, semasa Abdullah menjadi
Menteri Pertahanan.

Rancangan penswastaan pemerintah telah menimbulkan berbagai-bagai amalan
korupsi dan kronisme yang mengaitkan keluarga dan suku-sakat pemimpin
politik pemerintah. Perkhidmatan elektrik, pos, air yang penting dan
menjamin keuntungan besar diswastakan. Sebelum pilihanraya 1999 ada
rancangan untuk menswastakan hospital dan bermacam-macam perkhidmatan
berhubung dengannya yang belum diswasta lagi.

Oleh kerana rakyat dan parti-parti pembangkang serta NGO menentang kuat
terhadap rancangan ini, pemerintah berjanji tidak akan meneruskannya. Kini
diketahui bahawa kira-kira tiga bulan lalu, selepas Abdullah mengambil pucuk
pimpinan negara, keputusan telah dibuat untuk mengkorporatkan hospital sera
perkhidmatan kesihatan. Ini pasti akan berakhir dengan penswastaan. Adakah
ini bertujuan untuk memberikan kontrak kepada kroni-kroni yang baru pula?

Kita diberitahu korupsi bukan terbatas kepada wang dan kontrak saja. Anwar
dipenjara enam tahun atas tuduhan cuba mempengaruhi polis, yang dianggap
sebagai korupsi. Kalau ini korupsi, bagaimana dengan perbuatan Mahathir
mempengaruhi, bahkan menguasai polis dan kehakiman? Beberapa orang hakim,
termasuk Fairuz, Augustine Paul dan Pajam Singh, yang membantu memastikan
supaya Anwar dihukum, telah naik pangkat. Kemudian mereka terus dipilih
untuk mendengar kes rayuan Anwar. Apa lagi?

Sebenarnya, ada jenis korupsi yang lebih serius, tetapi sengaja tidak
dihiraukan sangat oleh pemimpin-pemimpin UMNO-BN, kerana mereka sendiri
melakukannya, iaitu politik wang. Mahathir pernah menyelar amalan politik
wang, tetapi lebih membataskannya kepada hanya pembelian undi untuk mendapat
jawatan dalam UMNO. Beliau sedar, jikalau politik wang tidak disekat dalam
UMNO, jawatan beliau sendiri akan terancam. Walau bagaimanapun politik wang
dalam UMNO masih belum hapus.

Sebaliknya, politik wang yang dilakukan sebelum atau semasa pilihanraya
umum, yang luas dan terang-terang dilakukan untuk membeli undi , tidak
pernah diselar, apatah lagi diambil tindakan. Sebabnya, ia menjamin UMNO-BN
terus berkuasa, kerana mereka saja yang mampu membeli undi. Adakah Abdullah
akan bertindak dalam hal ini?

Baru-baru ini 12 orang anggota keADILan telah pulang kepada UMNO, parti asal
mereka. Sudah diketahui umum sekarang ini bahawa mereka ditarik dengan
bayaran wang, walaupun mereka sudah lama tidak puas hati dan merancang untuk
pulang kepada UMNO. Mereka ini memang sudah biasa dengan kehidupan mewah
dalam UMNO dulu, dan tidak tahan lagi dengan segala tekanan akibat berjuang
dengan keADILan.

Sekarang ini sudah terbongkar bahawa Najib, melalui datuk-datuk yang menjadi
kroninya, telah membayar pendahuluan RM25 ribu kepada tiap-tiap seorang
dengan janji akan menambahnya. Bukankah ini rasuah? Saya setuju dengan
gesaan Timbalan Ketua Angkatan Muda keADILan, Faizal Sanusi, supaya Najib
disiasat dan diambil tindakan oleh pihak BPR dan polis.

Sebelum ini, kita mendengar bahawa di Kelantan banyak ibu-bapa murid
sekolah diberikan sehingga RM500, kononnya sebagai bantuan. Kalau
benar-benar hendak membantu keluarga susah memang tidak ada salahnya. Akan
tetapi, penghulu dan pemimpin UMNO tempatan mengugut bahawa jikalau ibu-bapa
itu tidak mengundi UMNO, jaga-jagalah. Mereka menggertak ada cara untuk
mengetahui siapa mengundi parti mana.

Di Terengganu pula, wang royalti minyak telah dibolot oleh UMNO dan
digunakan untuk memberi sebahagian daripada wang itu kepada mereka yang
dianggap “miskin”. Pada hal selama mereka memerintah Terengganu dulu kadar
kemiskinan semakin bertambah dan hutang negeri kepada pusat semakin naik.
Jumlah berjuta-juta diberikan kepada pemimpin UMNO negeri pula dengan tujuan
melaksanakan projek-projek yang boleh memberikan peluang kontrak dan rasuah.

Perang menghapuskan korupsi yang diisytiharkan oleh Abdullah memang perlu.
Tetapi ia harus dilaksanakan secara menyeluruh dan bukan dengan terbatas
cara pilih-pilih. Abdullah mesti perang cara betul-betul dan jangan
kelihatan main-main perang saja untuk pilihanraya. Jikalau tidak, dalam
jangka setahun dua lagi, rakyat tidak akan mempercayainya lagi.

12hb Februari 2004

 

 

Thursday, February 12, 2004

Kenyataan Media

Kasitah GadamBELUM CUKUP DENGAN MENANGKAP KASITAH GADAM

Parti Keadilan Rakyat (keADILan) mengalukan tindakan Bada Pencegah Rasuah (BPR) menangkap dan mendakwa Kasitah Gadam, Menteri Tanah dan Koperasi, atas tuduhan korupsi. Tetapi penangkapan beliau ini masih belum menjadi bukti cukup bahawa Abdullah benar-benar serius dan akan berkesan membanteras korupsi.

Sebenarnya korupsi sudah menjadi penyakit yang sangat kronik dalam masyarakat, terutama di kalangan pemimpin-pemimpin tertinggi dalam pemerintahan UMNO-BN. Abdullah perlu memberi kebebasan penuh kepada BPR untuk bertindak lebih luas lagi, supaya penangkapan Kasitah, dan sebelum itu Eric Chia, tidak akan berakhir di situ saja.

Ramai orang mengetahui kertas pertuduhan terhadap Datuk Seri Rafidah Aziz dan Tan Seri Rahim Tamby Chik telah pun disiapkan dan ditandatangani oleh tidak lain tidak bukan Tan Sri Abdul Ghani Patail sendiri sebelum beliau menjadi Peguam Negara. Tetapi kertas pertuduhan ini ditarik balik kerana Perdana Menteri waktu itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, membersihkan nama Rafidah dalam Parlimen, setelah Rafidah mencabar akan mendedahkan nama menteri-menteri lain. Sekarang bagaimana?

Bagaimana pula juga dengan menteri-menteri yang telah dibuat laporan-laporan polis ke atas mereka, seperti: Datuk Seri Najib, Datuk Seri Samy Vellu, Datuk Seri Lim Liong Sik, Tan Sri Megat Junid, Tun Daim Zainuddin, bahkan juga Tun Dr Mahathir? Seterusnya, Datuk Seri Abdullah sendiri perlu membersihkan nama dengan membenarkan siasatan dan tindakan diambil ke atas anak, adik dan diri beliau sendiri. Sekiranya segala ini tidak dilakukan, ramai tidak akan yakin Abdullah benar-benar serius.

Memang benar penangkapan dan hukuman ke atas menteri atau tokoh-tokoh korporat tidak akan menjamin rasuah dapat dihapuskan. Tetapi, ia boleh memberikan mesej yang jelas dan mengakibatkan bakal perasuah memikir dua
kali sebelum melakukan perbuatan rasuah yang sangat jijik itu. Oleh kerana korupsi sebenarnya paling teruk di kalangan para pemimpin politik, dan pengaruh buruknya mudah meluas di kalangan lain, maka tindakan hendaklah ditutamakan terhadap mereka.

Tindakan ke atas Kasitah dan Eric Chia tidak harus terbantut di situ saja, sebagai token dan untuk memisungkan perhatian rakyat dari yu-yu ganas di tepi kain dan di sekeliling pinggang Perdana Menteri. Kita juga tidak harus terbawa-bawa dengan berita yang dibesar-besarkan oleh media mengenai dua penangkapan ini sehingga terlupa akan masalah-masalah ekonomi dan sosial yang serius juga.

Dr Syed Husin Ali
Timbalan Presiden
Parti Keadilan Rakyat

12 Februari 2004

 

 

Kenyataan Media
10 Februari 2004


Eric ChiaPENANGKAPAN TAN SRI ERIC CHIA

Badan Pencegah Rasuah (BPR) akhirnya telah menangkap Tan Sri Eric Chia semalam setelah sembilan tahun isu penyelewangan dan skandal Perwaja ini ditimbulkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu adalah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan. Walaupun sebelum ini siasatan pernah dibuat oleh BPR terhadap Eric Chia, namun badan ini dilihat tidak dapat bertindak secara bebas dan berkesan kerana wujudnya campurtangan eksekutif.

Kini, setelah 102 hari Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, kita dapat melihat sedikit perkembangan positif yang cuba ditunjukkan oleh PM bahawa beliau benar-benar mahu membanteras korupsi. Parti Keadilan Rakyat menggesa pihak BPR menyiasat kes ini dengan terperinci termasuk penglibatan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad di dalam usaha melewat-lewatkan siasatan dan perlindungan yang cuba diberikan kepada Eric Chia selama ini.

Kami juga menegaskan sekiranya pihak PM benar-benar ingin menunjukkan sikap memerangi rasuah, beliau seharusnya berani menangkap dan menghadapkan Datuk Seri Rafidah Aziz dan Tan Sri Rahim Tamby Chik ke mahkamah dengan segera kerana siasatan BPR terhadap mereka telah selesai dan kertas pertuduhan telah juga disiapkan oleh Pejabat Peguam Negara. Kami juga menggesa siasatan dijalankan terhadap Tan Sri Khalil Yaakub dan DatoÂ’Seri S.Samy Vellu memandangkan banyak laporan polis telah dibuat terhadap mereka.

BPR hendaklah bertindak secara bebas dan berkesan dalam usaha untuk mengambil tindakan ke atas individu-individu yang terbabit ke muka pengadilan. Kita tidak mahu isu penangkapan Eric Chia ini dibuat semata-mata untuk mengalih pandangan masyarakat terhadap isu besar yang sedang negara hadapi yang melibatkan anak PM sendiri iaitu penglibatan Scomi Precision Engineering di dalam penjualan komponen senjata nuklear ke Iran dan Libya yang telah didedahkan oleh Badan Perisikan Britain dan Amerika Syarikat (CIA dan M 16) baru-baru ini.

Dr Wan Azizah Ismail
Presiden
Parti Keadilan Rakyat

 

 

Monday, February 09, 2004

AN INVITATION

To all the die hard fans of 7 Collar T-Shirts,

The group will be performing at Paul's Place, Damansara Uptown starting from 3 pm on 15 February 2004.

Besides 7 Collar, a few bands will also compliment the concert.

Judge the new drummer who has replaced Mokhtar.

See you there!!

 

 

Friday, February 06, 2004

Dear people,

KLSD needs like 20 volunteers on this day.

Date: 21 February 2004 (Saturday)
Time: 10am-5pm
Place: Plaza Alam Sentral, Shah Alam


Please submit your particulars by calling Ms Zaidah at #012-2967801

 

 

Tuesday, February 03, 2004

Acara Baca Puisi Keliling (APUKe)



Komunite Seni Jalan Telawi (KsJT) menjemput anda semua ke APUKe ke-11 yang akan membariskan deklamator puisi, penyanyi, penulis, grup musik dan banyak lagi persembahan yang memukau dan mencerahkan.



Tarikh : 7 Februari 2004 (Sabtu)

Masa : 8.15 malam

Tempat : Penthouse MCOBA, Bangunan UEM-Renong, 42 Jalan Syed Putra, Seputeh, Kuala Lumpur. (Sebelah banguan Wisma Belia)



Jemputan khas:



Nam Ron, pelakon utama filem „Paloh‰

Grup Gamelan Alternatif, UIA

Khalid Jaafar, penulis buku „Tumit Archiles‰



Maklumat lanjut, sila hubungi: telefon : Amir - 019 391 74 06, Hasmi - 012 312 22 65, Haris - 012 737 99 74, Fathi - 019 364 38 02 Atau e-mel: jalantelawi@yahoo.com atau editormanifesto@yahoo.com

NOTA: Kepada penyajak, penggiat teater, pemuzik atau kumpulan (band) yang hendak buat persembahan, sila sahkan kehadiran sebelum 7 Februari 2004. Kami sedang menyusun jadual. SEGERA

 

 

Get awesome blog templates like this one from BlogSkins.com